Tuesday, May 5, 2015

Alkisah Cuti

Kan baru-baru ni cuti panjang 4 hari, Jumaat sampai Isnin. Aku agak excited nak balik rumah mak aku. Tapi aku nih nyanyuk. Lupa pasal jammed dan rumah under construction. Nak putus wayar kepala aku bila mengenangkan kawasan rumah aku tu terletak di laluan utama untuk ke Lekas dan Plus. Sebabnya aku nak balik rumah sendiri pun jalan jem depan rumah. Wadehel?

kaya betul kan mak aku siap ada taman perumahan sendiri.. T_T

Bajet-bajet tak nak gerak balik hari Khamis petang sebab takut jem. Sudahnya gerak balik pukul 1.00petang hari Jumaat. Lalu Lekas sebab senang nak pecut. Bajet-bajet lagi dalam kepala, kompom tak banyak kereta macam kat Plus. Nak hala ke rumah pun kompem tak jem. Sekali nan hado ye..

Masuk je Lekas, kereta dah banyak. Boleh laju, tapi nakhorom mana ntah, duduk lane kanan bawak 100km/j. Mencarut-carut aku. Belum pernah aku duduk lane kanan kat Lekas bawak slow je. Tak cukup dengan tu, lepas je Tol Setul, jem sampai Taman Tasik. Dah la aircond kereta aku tengah biul time tuh. Kalau kereta tak jalan, aircond pun takda. Dah la hari panas, jalan jem, aircond takde. Sekali si saiton hembus je kat telinga aku dah boleh buat aku meletup. Kuang ajo punya setan. Nasib baik aku terer jalan shortcut area Senawang, Tasik & Ampangan. Dan nasib baik jugak lah area taman perumahan aku tu banyak jalan shortcut dari sudut timur, barat daya dan segala sudut yang ada. phewwwww

Dah setel hal jem tadi, bila sampai rumah takda parking plak.. pfffttttt
Tempat parking depan rumah kena hijack. Rumah tengah renovate termasuk sekali dengan bilik tidur aku. Disebabkan rumah tengah renovate ni, 1 bilik je yang boleh digunakan untuk tidur. Maka aku dengan tabahnya jadi penghijrah tegar selama beberapa malam.

Jumaat malam Sabtu : tidur rumah along
Sabtu malam Ahad : tidur rumah mak, hijack katil adik aku
Ahad malam Isnin : tidur rumah angah
Isnin malam Selasa : tidur rumah sewa

Kesian kan aku?

Dan aku dah berjanji kat diri sendiri untuk tak nak balik rumah mak sampai la rumah tu dah siap. Kalau aku balik jugak sebelum siap, hmmm.. jadiklah musafir di jalanan malam-malam buta merangkak carik rumah yang ada bilik kosong.




Monday, March 30, 2015

Sayang

ini kes semalam. si dobot (kat bahu aku dalam gambar) ni kacau aku waktu tengah kemas baju bajan.


pot pet pot pet mulut dia. berlaku la sebuah drama swasta antara aku dengan si dobot ni..

Auni : mak lang? mak lang buat ape tu?
Aku : mak lang tengah kemas baju la oni..
Auni : kenapa maklang kemas baju? maklang nak balik ye?
nanti kalau maklang balik, mesti Aimi dengan Hadi rindu maklang
Aku : yeke? habis Oni tak rindu maklang ke?
Auni : takkkkkk.. sebab kan, Oni kan sayang maklang. sebab tu Oni tak rindu Maklang..

aku tak tau nak menangis sebab apa.. sebab dia tak rindu aku ke sebab dia sayang aku.
lelebih la pulak mak lang nehhhh..







Thursday, March 26, 2015

Tua

aku rasa aku macam dah tua sangat la.

sebab....

kenapa aku rasa aku dah mula suka kat bunga ni?
padahal aku paling tak suka bunga. tengok bunga pun aku pening.. 
ah sudah. aku syak ni mesti disebabkan peningkatan umur dan hormon dah berubah menjadi hormon mak-mak sangat ni.

tengah merenung dinding cubicle ni. sejak bila aku suka bunga ni.
nak kata layan novel cinta, tak pulak.
semalam baru beli novel seram. mana ada kaitan dengan bunga ni?


memang dah tua kot.. dah mula kena sedar diri dah ni..




Monday, March 16, 2015

Pemalas

Blogger lain bukan kemahen lagi cantiknya blog deme.. aku tahap budak darjah 1 punya layout. kahkahkah.
rasa nak delete blog nih. tapi kang kok di delete, abeh la aku lupa semua cerita kontroversi pasal blog nih.. kahkahkah.. dah diam lah..

tak reti haku nak bagi blog ni cecantik. blog aku ni kalau nak dibandingkan dengan rumah kosong.
bukan tahap bersawang lagi dah. hantu pun dah beranak pinak.

timer aku pun tak edit. tau tak kalo taip entry ni dan post hari ni, tarikh yang keluor nanti tarikh sehari sebelum punya.. hahaha..

anak sapa la ni pemalas sangat ni.
cepat mengaku siapa yang hantar saka pemalas kat aku yang gemuk-gemuk ni?
lain kali sila hantar saka rajin bebanyak. hari-hari pun takpe.

Wednesday, March 4, 2015

Pelupa

Aku ni ada masalah pelupa yang teruk.

skang ni aku dah lupa gila cemana nak follow orang kat blog. ok bye.




p/s: mak pernah pesan, jangan lepas ni aku dah kahwin, aku pergi tendang laki aku kat sebelah sebab aku lupa bila masa aku kahwin ngan laki aku.. pffffttttttttt

Thursday, April 24, 2014

Lagu Indon Paling Best

Tajuk tak menahan. hahaha.

lagu indon paling best bagi aku Mas Joko dengan Tenda Biru. ala tipu la korang kalau korang tak pernah dengar lagu ni. aku tampo kang. haha. 
sape yang lahir sebelum tahun 1990 tu mesti pernah dengar lagu nih. siapa yang tak pernah dengar tu aku syak korang nih something wrong somewhere. haha

aku bukan pendengar radio yang setia, penonton youtube yang tegar dan penonton tv yang tak lekang nak tinggalkan tv. 
aku pun bukan tau sangat lagu terbaru lagi-lagi k-pop. 
tolonglah jangan tanya apa nama kumpulan dengan lagu apatah lagi nama ahli kumpulan.
kumpulan forteen tuh pun aku ingat yang sorang tuh je. tu pun aku tengah lupa skang nih.
aku tak minat langsung kpopper ke paddle pop ke chicken pox ke.

yang aku layan lagu-lagu lame rock kapak, lagu dangdut mas idayu, lagu tangkap cintan..
 nampak nau dah tuanya taste aku skarang.
bak kata teman L, aku skang dah taste-taste orang tua katanya. hampeh betul.
sebab dia cakap aku lebih memuji bila nampak orang lelaki smart/macho pakai baju berkolar dengan slack, berbanding lelaki yang pakai baju round neck dengan jeans. 
tu je la contoh aku nak bagi.

dengar lagu pun lagu lama, radio pun Klasik Nasional.
tak menahan sungguh punya perangai. haha.
tapi AWAS ok! aku muda lagi.
muda belia hokey. mak mah yang 70 tahun tuh pun da bertunang tapi iollss belum lagi.
sobsobsob..



Friday, April 26, 2013

Produk Kecantikan

aku tengok ramai orang jual produk kecantikan.. baik untuk dalaman mahupun luaran punye..
aku bukan nak percaya 100% atau pun tak percaya langsung dengan produk-produk nih..
tapi kalo tak cube mesti kite tak tawu resultnye ye tak?
lain orang lain effectnye.. sebab setiap orang hormon lelain.. mane bleh same...
kalo same kan sume heboh muke sebijik dato' siti nanti..hehehe

setiap orang tak semestinye sesuai pakai produk murah dan sesetengah orang tak semestinye 
sesuai dengan produk mahal.. tengok la jenis kulit jugak..
alah ke tak alah dengan produk tersebut..

macam aku nih, muke tak de problem..tp akan ade problem bila muke aku
disapu dengan krim yang moisturizer.. mcm fair n lovely ke ponds ke ataupun olay..
muke aku memang tak bleh.. jerawat akan buat perhimpunan bersih atas muke aku nih..*ko hado??
aku kene pakai macam krim kasar tuh.. macam safi ke, temulawak ke.. yang tekstur die
seumpama dengannya..
pakai temulawak pehtu try duk lam aircond sebulan.. kompem putih deknon oiii...
*muke putih tapi leher ngan tangan itam berlengut..hahhaha

scrub plak dah memacam cara aku sental..tapi tahannya 2 ary je licin muke aku..pehtu
kasar blek.. hurrmmm..
sampai kan aku pikir yang muke aku nih bukan jenis stok muke licin so aku takkan
dapat kelicinan tuh sampai bile..
orang yang dah dilahirkan kulit licin je yang bertuah..huhuhu

aku tak suke kalo kene makan bahan supplement atau vitamin c bagai.. aku memang tak disiplin sket..sbb tuh aku makan vitamin c ke shaklee laxherb ke mane sume simpan sampai lebam.. tak kan aku makan de..
2 mggu sekali baru ingat..hahaha
sudahnye kak ngah aku yang abeskan.. 

supplement nih korang kene disiplin la makan.. sebab mungkin die ok ngan badan korang
cume amik mase lambat.. die ikut jugak perubahan hormon sume..
kalo da metabolisma badan ko lambat ko nak wat cane..
bukannye leh laju pun metabolisma ko kalo ko makan battery energizer tuh..hihihihi

aku nih bukan je blogger tegar.. tapi salu tengok blog aku sebab senang aku nak bloglist aku punye
cite..tak payah nak taip kt google ag dah..
mane yang aku suke baca tapi aku tak letak tuh maknenye aku lupe la..
takpun bile teringat..maleh nak pulak nak bukak..

tuh je la endingnye..hahaha